WELA | Video Berkaitan WELA Online Network Marketing

Monday, May 2, 2011

Model dan Konsep Perniagaan MyWELA Slimberrypro

My WELA Slimberrypro berasaskan
model Network Marketing

Ramai yang masih kabur apakah model dan konsep perniagaan WELA. Perlu dijelaskan di sini WELA merupakan satu perniagaan yang bermodelkan Multi Level Marketing (MLM) dan berkonsepkan perniagaan atas talian iaitu secara online melalui internet. WELA merupakan bentuk perniagaan yang begitu unik di mana ianya telah menggabungkan konsep pemasaran Network Marketing dengan Internet Marketing. Untuk pengetahuan anda kedua-dua bentuk pemasaran ini merupakan bentuk pemasaran yang paling hebat dan paling mantap ketika ini. Bayangkanlah apabila model Network Marketing yang sudah diakui kehebatannya digabungkan pula dengan satu lagi model pemasaran iaitu Internet Marketing yang pada ketika ini memang terbukti berkesan dan digunapakai oleh kebanyakkan industri atau perniagaan di seluruh dunia.

Multi Level Marketing atau MLM

MLM ialah perniagaan berangkaian, berkumpulan atau pelbagai peringkat pemasaran dan merupakan model pemasaran yang paling efektif dan berkesan. Ianya membuka ruang dan peluang untuk sesiapa sahaja memulakan perniagaan dengan kos atau modal yang paling minima untuk mencapai income yang paling maksima. MLM lebih menekankan kepada kerja berpasukan dan konsep duplikasi setiap ahli di setiap peringkat pemasaran. Model perniagaan MLM tidak membataskan potensi pendapatan setiap individu yang mengamalkannya, hal ini jauh berbeza dengan konsep perniagaan tradisional dan bentuk-bentuk perniagaan lain yang ada. Pendapatan melalui perniagaan MLM akan bermula dengan nilai yang kecil dan kerja serta masa yang banyak digunakan dan ianya akan berubah dari satu peringkat ke satu peringkat di mana pendapatan anda bertambah berbanding jumlah masa dan kerja yang sama dilakukan malah sampai ke satu peringkat, masa kerja dikurangkan tetapi pendapatan anda tetap ada malah makin bertambah.

Internet Marketing

Pemasaran melalui internet memang sudah terbukti berkesan dan cukup mudah. Jika dahulu secara offline anda mempunyai masa yang terhad untuk berjumpa dengan beberapa orang prospek dalam satu hari. Melalui pemasaran internet, anda boleh mempromosi perniagaan anda kepada beratus atau beribu orang prospek dalam satu hari. Prospek anda tidak terbatas di sekeliling anda sahaja tetapi ianya boleh sampai ke seluruh negara malah ke peringkat global. Keupayaan internet dalam menyampaikan mesej kepada semua orang memang tidak boleh dinafikan. Pelbagai medium pemasaran telah wujud di internet ketika ini malah ianya makin hari semakin bertambah kerana teknologinya makin hari semakin berkembang, anda harus akur dengan fakta ini.

Pelbagai media Social Network seperti Facebook, Twitter, MySpace, Tagged, LinkedIn, Netlog, Swom, Multiply dan banyak lagi yang boleh digunakan. Begitu juga dengan teknik Video Marketing melalui Youtube dan Metacafe, penyampaian sesuatu mesej menjadi lebih mudah dan jelas melalui video panduan dan penerangan. Jika dahulu kita gunakan teknik gaya pos untuk melakukan promosi tetapi dengan wujudnya penyedia-penyedia perkhidmatan email seperti Yahoo, Google, MSN dan sebagainya, mesej boleh disampaikan dengan lebih mudah dan cepat, malah ianya diberikan secara percuma. Selain itu media-media pengiklanan di internet tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Penggunaan Photobucket, Flickr dan Picassa menambahkan lagi kepelbagaian dalam teknik pemasaran melalui internet.  Justeru itu Internet Marketing dilihat sebagai satu model pemasaran yang paling efektif dan berkesan ketika ini.

WELA dilihat telah memberi nafas baru dalam dunia perniagaan apabila ianya telah menggabungkan model Network Marketing dengan Internet Marketing. Semua ini dirangka dan dirancang bagi kemudahan setiap ahli WELA Slimberrypro di mana setiap ahli boleh mengintergrasikan kemudahan Internet Marketing di dalam backoffice MyWELA.Com iaitu Facebook dan Twitter.

Revolusi pemasaran dalam perniagaan sentiasa berubah dan pada ketika ini sudah muncul pelbagai lagi teknik dan kaedah pemasaran yang akan mewarnai dunia dan industri perniagaan seluruh dunia. Alasan tidak tahu dan tidak mampu menjalankan perniagaan hanya layak buat mereka yang malas berusaha dan tiada keinginan untuk berjaya. 

4 comments:

  1. adakah biz y dijalankan oleh wela slimberry ini halal dan sah disisi syarak dan undang2?

    ReplyDelete
  2. bagaimana dengan productnye? halal ke?

    ReplyDelete
  3. xdok jawapan macam mana org nak ikut kan???

    ReplyDelete
  4. Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
    Terima kasih, Busarakham.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...