![]() |
| Cipta Semula Diri Anda Bina persepsi diri yang lebih positif |
Ramai orang yang menyertai jualan langsung atau MLM tidak "mencipta semula diri mereka". Apakah maksudnya? Manusia mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam ialah ego di dalam diri. Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja yang terbaik atau betul. Mereka tidak mahu menerima teguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang sikap ego anda. Anda mesti bersedia menerima teguran dan tunjuk ajar, biar pun yang memberikan teguran atau tunjuk ajar itu adalah orang yang lebih muda daripada anda. Inilah yang dikatakan "cipta semula (recreate)".
Jangan tutup hati dan telinga anda daripada menerima sesuatu yang baik demi memajukan perniagaan anda. Anggapan bahawa anda lebih pandai atau sudah pandai perlu anda kikis. Anda mesti bersedia diberi tunjuk ajar dan bersedia untuk belajar. Ilmu perniagaan ini tidak terbatas. Anda mungkin tidak mengetahui semua perkara mengenai MLM tetapi orang yang memberi anda tunjuk ajar itu mempunyai pengetahuan tentang perkara yang tidak anda ketahui. Anda mesti bersedia untuk terus belajar. Ilmu perniagaan jualan langsung atau MLM yang anda pelajari hari ini tidak akan relevan lagi pada 4-5 tahun akan datang. Jadi, anda mesti memperuntukkan masa pada setiap hari untuk belajar ilmu perniagaan MLM yang baru sama ada melalui pergaulan dengan orang lain, seminar, rally, konvensyen, online skype conference, webinar, chat atau membacanya daripada buku-buku dan majalah yang berkaitan.
Anda juga jangan kedekut untuk mengajar orang lain, khususnya member baru yang menjadi downline anda. Anda mesti mencurahkan segala pengetahuan yang ada kepada mereka. Jika mereka berjaya menyerap segala pengetahuan anda dan mempraktikkannya, anda akan lebih segera berjaya. Ini adalah konsep duplikasi dalam perniagaan berangkaian atau network marketing. Downline anda bukan ditaja untuk ditinggalkan tetapi sangat dahaga akan tunjuk ajar anda. Ajarlah mereka agar mereka juga boleh berjaya seperti anda. Mereka berjaya, anda juga akan berjaya. "Jika anda inginkan sesuatu, anda perlu berikan sesuatu."
Anda jangan sekali-kali percaya bahawa hanya syarikat MLM tertentu sahaja yang akan menjanjikan kejayaan mutlak. Semua syarikat MLM adalah sama. Walaupun pelan pemasarannya berbeza tetapi matlamatnya adalah sama. Kejayaan bukan terletak pada apa nama syarikat MLM tersebut, tetapi kejayaan terletak pada apa yang anda lakukan. Satu perkara yang mesti anda sentiasa ingat dan mesti anda hebahkan kepada semua downline anda ialah Perniagaan MLM mampu menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas untuk Cepat Kaya.
Menjadi kaya dan menjadi cepat kaya adalah berbeza. Menjadi kaya adalah benar tetapi menjadi cepat kaya adalah hampir mustahil. Tidak ada sesiapa pun yang telah menjadi cepat kaya dalam industri ini. Yang ada hanyalah yang menjadi kaya setelah bertahun-tahun menjadi pengedar.
Sebagai perbandingan dan contoh, Puan Saadah Badrus yang menjadi pengedar REVELL dan kini dianggap sebagai salah seorang jutawan dalam industri ini di Malaysia hanya menjadi kaya setelah 4 tahun bersama syarikat ini setelah gagal mencapai impian beliau bersama 13 buah syarikat MLM lain sebelumnya.
Jangan percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya, tajalah prospek sebanyak mungkin. Anggapan ini adalah songsang. Tidak ada gunanya, anda menaja sehingga beratus-ratus orang ahli baru, tetapi mereka tidak kekal dan tidak boleh aktif atau anda sendiri tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka. Yang penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini ialah organisasi yang kuat dan aktif biar pun dianggotai hanya oleh puluhan orang sahaja. Tetapi untuk anda temui insan yang berkualiti adalah satu cabaran buat anda kerana 95% orang di luar sana adalah mereka yang berfikiran negatif dan tergolong dalam golongan orang yang GAGAL.
Jangan percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya, tajalah prospek sebanyak mungkin. Anggapan ini adalah songsang. Tidak ada gunanya, anda menaja sehingga beratus-ratus orang ahli baru, tetapi mereka tidak kekal dan tidak boleh aktif atau anda sendiri tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka. Yang penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini ialah organisasi yang kuat dan aktif biar pun dianggotai hanya oleh puluhan orang sahaja. Tetapi untuk anda temui insan yang berkualiti adalah satu cabaran buat anda kerana 95% orang di luar sana adalah mereka yang berfikiran negatif dan tergolong dalam golongan orang yang GAGAL.
Mungkin anda masih ingat akan kata-kata hikmat Soekarno : Berikan aku tujuh orang pemuda, nescaya gunung akan aku ratakan. Ini bererti kuantiti ahli bukan prasyarat untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan ini bergantung sepenuhnya pada kualiti yang ada pada ahli. Seperti Soekarno, beliau meminta 7 orang pemuda, bukannya 700 orang tua!. Dalam konsep perniagaan bukanlah bermaksud orang tua tidak boleh berniaga, tetapi maksud di sini ialah mereka yang mantap dan mampu mengharungi segala cabaran.
Jika selama ini anda tergolong di kalangan orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain, maka anda haruslah mengubah sikap ini. Dalam MLM, anda mesti bergaul dengan orang lain. Dengan bergaul, anda boleh membuat jualan, membuat penajaan, dan yang terpenting, anda akan memperolehi pengetahuan baru untuk memajukan perniagaan anda. Jangan terlalu menutup ruang sehingga menjadikan diri anda seperti katak di bawah tempurung. Menjadi seorang usahawan yang berjaya perlu lebih terbuka tetapi bijak untuk menilai.
Masalah adalah asam garam dalam MLM. Semua pengedar MLM ada masalah. Tetapi, anda MESTI menganggap masalah itu sebagai cabaran. Seperti masalah yang mesti diatasi, cabaran juga mesti anda harungi. Setelah cabaran itu dapat anda atasi, maka di hadapan anda akan terbentang jalan yang lurus menuju kejayaan. Orang yang takut menghadapi cabaran tidak akan berjaya. Jangan berumah di tepi pantai jika anda takut akan ombak yang melanda. Jangan berniaga, jika anda takut rugi atau gagal. Semua perniagaan ada risiko tersendiri. Cuma anda perlu bijak menangani risiko yang ada.
Sebenarnya, perniagaan MLM ini perniagaan tanpa risiko. Jika anda rugi pun, anda hanya rugi sedikit jika hendak dibandingkan dengan bentuk-bentuk perniagaan lain. Jadi, apa yang mesti anda takutkan? Anda bukan berniaga bermodalkan ribuan ringgit. Anda hanya bermodalkan tidak pun sampai RM1000 semasa anda memulakannya. Ramai yang saya temui sering berkata bahawa mereka takut menjual dan menaja. Saya sendiri tidak faham akan apa yang ditakuti oleh mereka. Mereka takut kalau-kalau bakal pelanggan mereka enggan menerima produk mereka sedangkan mereka belum pun memperkenalkan produk tersebut. Jika sudah pasti, bakal prospek menolak produk tersebut, itu hanyalah dia seorang sedangkan di negara ini, terdapat jutaan penduduk. Seperti kata orang tua-tua, belum cuba belum tahu.
Jika anda takut, anda mesti menghapuskan perasaan takut itu dengan menemui paling kurang 10 orang prospek setiap hari. Saya jamin bahawa setelah anda menemui seorang prospek yang mahu menerima produk anda dan sistem perniagaan anda, perasaan takut itu akan bertukar menjadi seronok. Kadang-kadang, ada orang yang takut menghampiri rumah kosong kerana sudah ada perasaan takut sebelum memasuki rumah itu. Orang begini perlu masuk sekali saja ke dalam rumah kosong itu, nescaya akan hilanglah perasaan takutnya terhadap rumah tersebut. Anda hanya perlu menemui seorang pelanggan atau seorang prospek baru sahaja untuk menghapuskan perasaan takut yang tidak berasas itu. Terdapat beberapa andaian awal yang negatif yang sentiasa bermain-main dalam fikiran pengedar baru, iaitu:
* Menjual produk MLM adalah sukar
* Belum tentu prospek ingin menjadi ahli
* Leceh membuat susulan selepas jualan pertama (servis pelanggan)
* Tidak ada masa lapang untuk berniaga
* Sudah ramai ahli dalam syarikat MLM ini
* Mampukah saya memimpin downline saya?
* Pembelian Minima Bulanan (maintain) amat tinggi
* Masuk jualan langsung atau MLM ini ialah untuk memperkayakan upline
Di WELA Slimberrypro melalui network WEsmartbizteam, segala tanggapan negatif ini boleh anda atasi;
- Anda cuma perlu menjual produk Slimberry kepada diri anda sendiri (guna sendiri)
- Anda mencari rakan niaga dan bukan semata-semata ahli
- Anda dan downline anda akan sentiasa dibimbing oleh semua leader di WEsmartbizteam
- Anda boleh jalankan bisnes WELA secara online di internet hanya di depan PC/Laptop pada bila-bila masa, di mana-mana jua
- WELA masih baru dan belum jadi FENOMENA bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia
- Jika ramai menyertai sesuatu perniagaan adalah petanda positif sekiranya anda amalkan persaingan yang sihat dalam perniagaan
- Anda boleh bandingkan pakej WELA dengan MLM lain yang hampir sama
- Di WELA downline mampu mengatasi income upline
oNLiNe4RiCH

Nama saya Aag from Indonesia
ReplyDeletesaya tertark di bisnis wella...
bagaimana cara mengembangkan bisnis wella secara on line...
please chat with me in ym : toberichman@yahoo.co.id
My name Aang Abdurahman from Indonesia
ReplyDeletebagaimana cara mempromosikan / cari down line via internet dalam bisnis wella
please chat with me in YM : toberichman@yahoo.co.id
Wassalam
info bes... saya ahli baru wella... mohon kongsi info ye...
ReplyDelete(Cenderawasih ii)
Salam Cenderawasih ii... anda boleh kongsi apa sahaja bahan dalam blog ini, dipersilakan. Blog ini bertujuan untuk membantu ahli atau member Wela di Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia mahupun Thailand
ReplyDelete