WELA | Video Berkaitan WELA Online Network Marketing

Monday, February 14, 2011

Bagaimana Orang Kaya Yang Bijak, Menggunakan Wang Mereka untuk Memperolehi Lebih Banyak Wang


VIDEO MOTIVASI : Robert Kiyosaki - Secrets of the Rich

Daripada video di atas anda boleh membuat pilihan sama ada terus dengan cara anda menguruskan wang anda sekarang atau bertindak sekarang dengan mencari peluang-peluang yang ada bagi mencapai apa yang dikatakan Kebebasan Kewangan. Hanya 4% ke 5% sahaja orang yang berjaya menguruskan wang mereka dengan baik. Inilah apa yang dikatakan Rahsia Kekayaan.

Robert Kiyosaki telah membuktikan kepada kita bahawa sekiranya kita bijak menggunakan wang, kita akan mencapai Kekayaan dan menikmati Kebebasan Kewangan, bebas daripada hutang serta boleh memiliki apa sahaja yang kita mahu.

Apa yang membezakan orang miskin dan orang kaya

Dalam video ini telah diterangkan bagaimana cara pemikiran antara 3 golongan:
1. Golongan Miskin
2. Golongan Pertengahan
3. Golongan Kaya

Jadi dimanakah kedudukan anda. Tidak salah jika anda mengubah cara dan persepsi anda berfikir tentang cara anda menguruskan wang anda. Pilihan ada di tangan anda. Jika anda fikir untuk mencapai Kebebasan Kewangan maka biarlah Wang Bekerja Untuk Anda dan bukannya Anda Bekerja Untuk Wang.

Dimanakah diri anda

Dua pernyataan yang membezakan antara Golongan Kaya berbanding Golongan Sederhana dan Golongan Miskin. Memang benar kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada. Tetapi lebih teruk dan malang jika kita langsung tidak mempunyai keinginan untuk berusaha memperbaiki taraf kehidupan serta memperbaiki kedudukan kewangan kita demi untuk kesejahteraan diri dan keluarga.

Hanya yang berfikiran negatif saja yang akan GAGAL dalam hidup mereka, kerana memang sudah terbukti bahawa hanya 5% sahaja orang yang akan BERJAYA. Jadi, berusahalah untuk bebaskan diri anda agar tidak berada dalam kelompok 90% orang yang GAGAL dalam hidup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...