WELA | Video Berkaitan WELA Online Network Marketing

Friday, January 28, 2011

MLM Tidak Pernah Gagal

MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia. Ramai usahawan MLM yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan MLM.






Namun demikian, terdapat ramai pula yang menyertai perniagaan MLM ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan atau sebab.


Sebenarnya, kegagalan dalam perniagaan MLM BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain. Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan atau pernah mengikuti pendidikan formal dalam perniagaan. Mereka yang Berjaya, cuma memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain.


Tanyalah kepada mereka:
  1. Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL)
  2. Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY)
  3. Hamdan Kamaruddin serta abangnya Mohd Salleh Kamaruddin (HAI-O MARKETING)
  4. Tuan Haji Mohd Roslan Ghazali (SHAKLEE)
  5. Rahim Mat Hassan (SMC INT SUNSKY)
  6. Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam (ZHULIAN)
  7. Encik Hamid Darus (ELKEN)
  8. Encik Ismail Montak (M-PLAN)
  9. Encik Safingi Sarikin (LION BEST)
  10. Roslan Basir, Murad Basir, Wak Ramlan (INTAN JUTAWAN CNI)
  11. Haji Mohd Ridzwan Ahmad (CONY BIO)
  12. Salehin Ismail (VEMMA)
Mereka di atas adalah antara senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga. Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga. Sebenarnya terdapat beberapa faktor untuk menjadi seorang usahawan MLM yang berjaya. Saya akan bincangkan beberapa faktor tersebut dalam blog ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...